Saturday, August 13, 2005

Cerpen: Tsunami Cinta

Nama ku Ram,aku ingin berkongsi kisah cintaku. Sebuah cinta yang tidak kesampaian. Segalanya bermula semasa ku menaiki tren dari Kedah ke KLTujuanku ke KL adalah untuk menyambung pengajianku dan mencari rezeki di sana. Kelihatan tak ramai penumpang yang menaiki tren pada malam itu.Sebaik sahaja tren hendak memulakan perjalannya, seorang gadis bertudung duduk di depanku. 'Ayunya wajah gadis ini,detik hatiku?

Timbul satu perasaan yang lain dalam diriku. Gadis itu tersenyum kepadaku dan ku membalas. Niat di hati ingin bertanya siapakah gerangan si ayu ini. Aku memberanikan dia dan bertanya 'Hi ke KL juga ke?'. Dia menjawab dengan suara paling manis. Kami berkenalan namanya Wati sebaya dengan ku.

Dia pun sama macamku ingin ke KL untuk melanjutkan pelajaran. Perjalanan yang mengambil masa 6 jam dihabiskan dengan mengenali diri masing-masing. Dia anak tunggal dalam keluarganya. Anak emas katakan. Bercita-cinta nak jadi seorang usahawan wanita yang berjaya. Ku pula yang pertama dari 3 adik beradik. Saya bercita-cita hendak menjadi pengaturcara komputer. Wati akan tinggal bersama Pakciknya bila di KL

Ku bersama kawan yang berkerja di kota. Kami sampai di KL pada pukul 7 pagi. Kami mengucapkan selamat jalan dan kami ke arah masing-masing. Dalam hati nak ku tanya nombor telefonya tapi ku segan. Separuh jalan ku berhenti, ku menoleh ke belakang untuk mencari dia tapi dia tiada. Hati ku berdebar nak sangat ku berjumpa ngannya sekali lagi. Ku mencarinya di platform dia tiada. Ku cari lagi di station tapi besar sangat.

Tiada rezeki nampaknya ku melihatnya lagi. Ku beredar mencari kawan ku di KL. Masa depan ku menanti ku...

Setiap malam sebelum ku menyeberang ke alam mimpi fikiran ku kerap ke hari ku berjumpa ngan Wati. Lirikan matanya menjadi pujaanku. Di manakah dia? Suatu hari ku ke perpustakaan kolej terperanjat ku melihat Wati di sana. Dia tengah belajar berseorangan. Kali ini akan ku dapat nombor telefonnya

Hatiku berdebar bila ku menghampirinya. Kering pula tekak ku rasa. Cantik pula di hari ni, bertudung pink, serupa dia feminin. 'Hi' ku kata dia melihat ku and senyuman manis terukir di mukanya. "Eh kau pun belajar di sini tak sangka ya' ku tanya. 'Ah u pun ke' dia menjawab. Ku menjemputnya ke mamak di sebelah kolej untuk minum, dia menerima. Hari tu kami berborak kosong tapi ku berjaya mendapat nombor telefonnya

Mulalah hubungan kita erat. Berjumpa di kolej disiang dan ber-SMS waktu malam. Ku gembira bersamanya tapi ade yang dengki melihat kami bersama. Sudah sebulan berlepas ku mengenali Wati. Apa yang ku tahu, ku sentiasa ingin bersamanya. Bila ku lihat wajahnya hatiku berdebar. Yang ku tahu...

Aku mencintai Wati. Tapi bagaimana ku ingin meluahkan padanya. Takut pula cintaku di tolak. Teruk lagi kalau dia menolak persahabatan ku. Ku perah otak takde pula idea. Aku menanya kawan baik ku pendapatnya. Cheng kata aku gila nak lafaz cinta kat awek melayu. Habis di potong katanya. 'Hai di KL ramai seperti ku, U tak tengok Sepet ke' ku menjawab. 'Dalam Sepet hero dia mati U pun nak mati ke? Banyak masalah lah' jawab Cheng.

Ku berfikir mengapa ada yang sebegitu memanglah hubungan antara kaum susah sikit. Banyak cerita tentang hubungan dengan melayu pernah didengar. Dalam hati Wati adalah untuk ku. Ku perlu memberanikan diri, tabahkan hati kerana besok akan ku melafazkan cintaku pada Wati. Ahh... gementarnya

Keesokan harinya aku berjumpa Wati di kolej. Aku memberitahunya supaya menunggu ku selepas kelas terakhir. Ada hal hal penting ingin ku beritahu. Sepanjang hari aku tak dapat tumpukan perhatian ku asyik ingat pasal petang nanti. Beranikah ku, Hai apa nak aku katakan, I Love You? Runsing !!!

Petang menjelma dan Wati menunggu ku di depan kolej. Menanti ku dengan senyuman yang dapat mencairkan hati. Aku menyuruhnya ikut ku ke Pizza Hut. Aku mendapat tempat paling jauh dari semua pelanggan Wati menanya mengapa duduk jauh sangat. Ku hanya ujar 'Adelah'. Masanya sudah tiba 'Wati...

'Wati I nak bagi tahu U sesuatu, I cintakan padmu. Sudah lama ku pendamkan perasaan ini. Kamu sudi menerima ku?' dah aku melafazkannya lega rasanya. Wati berdiamkan diri setelah aku melafazkan cinta ku. Cemas rasanya pula, sudahkah ku lukakan hatinya. Terus ku meminta maaf keatas salah silap ku. Wati dengan lembutnya bercakap 'I pun sebenarnya suka kat U tak tahu cam mana nak beritahu. I orang kampung tak pandai nak berkata. Awak fikir boleh ke hubungan kita berkekalan. Kita berbangsa lain macam tak padan aje', mendengar penjelasnya aku pula menjawab 'Kamu risaukan... orang yang melihat kita atau keluarga mengetahui pasal kita.' Wati memberitahu dia takut diketahui keluarganya terutamanya Pakciknya di KL

Aku hanya dapat memujuknya tapi dalam hatiku pun takut jika keluarga ku mengetahui pasal ku and Wati. Wati dan aku semakin erat setelah cinta kita dilafazkan. Setiap hari kita berjumpa, bermanja dan berpengang tangan. Kami saling cinta mencintai. Bila kita bersama ramai juga yang melihat kami tapi kami endahkan aja. Wati kadang2 risau jikau ada mata beritahu hubugan kita kepada pakciknya

Tapi sampai mana kita dapat menyembunyikan cinta kita. Sepandai mana tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Cinta kita diketahui Pakciknya. Pakciknya amat marah bila ketahui Wati ade teman lelaki. Kemarahnya marak lagi bila dia tahu ia bersama seorang budak India. Wati mencuba menjelaskan padanya tapi semuanya tidak dipedulikan.


Wati tak hadir ke kolej beberapa hari malah telefon bimbitnya tak dapatku hubungi. Aku cemas patutkah aku ke rumahnya untuk menjumpanya. Takut pulak pakciknya. Apa patu ku buat. Aku ke rumah Wati nasib waktu itu dia keseorangan. Wati bercerita pakciknya nak dia hentikan perhubungan dia. Pakciknya juga ingin dia bertunang dengan anak lelakinya. Patah hatiku mendengarnya. Wati merayu supaya aku membawanya ke tempat lain. Tapi dimana akan ku bawanya pergi. *Bersambung...*

No comments: